Ibu Abbas menceritakan, ketika
haji Wada, Rasullulah SAW memegang pintu Kaabah, kemudian menghadapkan wajahnya
kepada orang ramai. Lalu berkata kepada mereka:
“Wahai sekalian orang Islam,
antara tanda-tanda kiamat ialah solat tidak lagi didirikan, kehendak syahwat
diikut, para pemimpin mengkhianati dan para menteri pula melakukan perbuatan
fasik.”
Tiba-tiba Salman al-Farisi bangun
ke arah beliau dan berkata, “Demi ayah dan ibuku sebagai tebusan wahai
Rasulullah, apakah perkara tersebut benar-benar akan berlaku.”
Raslulullah SAW menjawab, “Benar
wahai Salman. Ketika itu kemungkaran dianggap sebagai perbuatan yang baik,
sedangkan perbuatan yang baik dianggap sebagai kemungkaran.”
“Apakah perkara seperti itu
benar-benar akan berlaku?” Salman bertanya lagi.
Rasulullah SAW menjelaskan,
“Benar wahai Salman. Ketika itu hati orang Islam larut di dalam badannya
seperti garam yang larut di dalam air. Ini kerana, dia melihat kemungkaran
tetapi tidak sanggup mengubahnya.”
“Apakah perkara seperti itu
benar-benar akan berlaku?” tanya Salman.
“Benar wahai Salman,” Rasulullah SAW menjawab, “Orang paling mulia
ialah orang beriman yang berjalan di tengah golongan manusia dalam keadaan
takut, sekiranya dia berbicara, mereka akan memakannya, dan jika dia berbicara,
dia akan mati kerana kemarahan di dalam dirinya. Wahai Salman, satu bangsa itu
tidak akan menjadi mulia sekiranya golongan yang kuat memakan yang lemah.”
“Apakah perkara seperti itu
benar-benar akan berlaku?” tanya Salman.
“Benar wahai Salman. Ketika itu
hujan jarang turun, anak sangat dibenci, orang hina berada di mana-mana dan
orang mulia pula sukar ditemui,” Rasulullah SAW menjelaskan.
“Apakah perkara seperti itu
benar-benar akan berlaku?” tanya Salman.
“Benar wahai Salman. Ketika itu
orang kaya disanjung tinggi, agama dijual dengan dunia, kesenangan dunia dicari
melalui amalan akhirat, lelaki dan wanita menjalinkan hubungan dan wanita juga
mengadakan hubungan bersama wanita. Mereka adalah sebahagian umat saya yang
mendapat laknat Allah. Wahai Salman, ketika itu, umat saya disusuli oleh bangsa
lain yang tubuh mereka manusia, tetapi hati mereka adalah hati syaitan.
Sekiranya umat saya bersuara, mereka dibunuh, dan sekiranya diam, darah mereka
dihalalkan. Mereka tidak menyayangi anak kecil dan tidak menghormati orang
tua.”
“Alangkah buruk perbuatan mereka.
Ahli keluarga dikasari. Hukum mereka boleh dibicarakan. Wanita diangkat menjadi
pemimpin. Mereka meminta pendapat daripada kanak-kanak. Anak kecil dipuja.
Mempunyai ramai tentera. Orang lelaki menggunakan emas sebagai perhiasan dan
mereka juga mengamalkan zina. Ramai penyanyi wanita muncul. Al-Quran dilagukan
bacaannya. Orang hina lebih kerap diminta bercakap.”
Salman berkata, “Demi ayah dan
ibu saya sebagai tebusan wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan orang hina
lebih kerap disuruh bercakap?”
Rasulullah menjawab, “Dia
membicarakan masalah secara umum, yang sebelumnya tidak pernah dibicarakan.”
“Apakah perkara seperti itu
benar-benar akan berlaku?” tanya Salman.
Rasulullah SAW menjawab, “Benar
wahai Salman. Pada masa itu, masjid-masjid dihiasi dengan beraneka perhiasan
seperti gereja dan biara yang dihiasi dengan pelbagai hiasan. Mushaf al-Quran
dihiasi dengan emas, mimbar-mimbar dibuat dengan begitu lebar. Terdapat banyak
saf jemaah, tetapi hati manusia saling berjauhan. Perkataan mereka juga
pelbagai macam. Siapa yang mendapat kurniaan, dia bersyukur, sedangkan yang
tidak beroleh apa-apa menjadi kufur.”
“Apakah perkara seperti itu
benar-benar akan berlaku?” tanya Salman.
Rasulullah SAW menjawab, “Benar wahai
Salman. Pada masa itu, akan datang umat saya yang menjadi tawanan-tawanan dari
timur dan barat. Orang yang lemah akan binasa dan mendapat kecelakan dari
Allah. Sekiranya bercakap, mereka akan dibunuh, tetapi sekiranya diam, mereka
tetap dibunuh. Mati dalam ketakutan kepada Allah lebih baik daripada hidup
dalam kederhakaan kepada Allah.”
“Apakah perkara seperti itu
benar-benar akan berlaku?” tanya Salman.
Rasulullah SAW menjawab, “Benar
wahai Salman. Pada masa itu, isteri bersekutu dengan suami dalam urusan suami.
Seorang anak menderhakai bapanya tetapi berbuat baik terhadap sahabatnya.
Mereka memakai kulit biri-biri di atas hati serigala. Ulama mereka lebih buruk
daripada bangkai.”
“Apakah perkara seperti itu
benar-benar akan berlaku?” tanya Salman.
Rasulullah SAW menjawab, “Benar
wahai Salman. Pada masa tersebut, ibadah mereka hanya dengan membaca
lafaz-lafaz ibadah yang tidak mereka fahami kandungannya. Mereka disebut
sebagai orang yang kotor oleh kerajaan langit dan bumi.”
“Apakah perkara seperti itu
benar-benar akan berlaku?” tanya Salman.
Rasulullah SAW menjawab, “Benar
wahai Salman. Pada masa itu, kitab Allah dijadikan nyanyian. Kitab Allah
diletakkan pada punggung mereka. Mereka tidak menegakkan hukum yang ditetapkan
Allah dan mematikan sunah saya. Mereka menghidupkan amalan bidaah. Tidak
menyuruh orang lain berbuat baik dan menghalang kemungkaran. Ketika itu,
anak-anak kecil. Anak kecil melamar seperti melamar wanita. Pasar-pasar makin
banyak.”
“Apakah perkara seperti itu
benar-benar akan berlaku?” tanya Salman.
Rasulullah SAW menjawab,
“Sekiranya masing-masing berkata, ‘Aku tidak menjual dan aku tidak membeli.’
Sedangkan tidak ada yang memberikan rezeki melainkan Allah. Pada masa tersebut,
orang yang berkuasa adalah mereka jahat yang merampas hak orang ramai dan
menakut-nakutkan mereka. Engkau akan melihat ramai orang menggeletar
ketakutan.”
“Ketika itu, ibadah haji
dibesar-besarkan. Orang terkenal menunaikan haji kerana hawa nafsu. Golongan
menengah pula mahu berniaga. Orang miskin pula menunaikan haji kerana mahu
berbangga dan mendapat gelaran.”
“Apakah perkara seperti itu
benar-benar akan berlaku?” tanya Salman.
Rasulullah SAW menjawab, “Benar
wahai Salman.”
(Khutbah Rasulullah Wasiat Agung Buat Umat Tercinta – Rohidzir Rais)