Hampir semua
orang Islam mengetahui mengenai Khalifah, tapi mungkin tidak ramai yang tahu
tentang urutan-urutan khalifah sepanjang sejarah Islam. Urutan sistem khalifah
Islamiyah bermula sebaik kewafatan Rasullulah SAW pada tahun 623M.
Sebaik wafatnya Rasullulah
SAW, umat Islam segera membai’ah Syaidina Abu Bakar ra sebagai pengganti
menjadi khalifah yang pertama. Istilah pengganti ini dalam bahasa arab adalah
Khalifah. Lengkapnya, khalifatu rasulillah atau pengganti Rasullulah. Maksudnya
bukan menggantikan tempat kenabian Muhammad SAW, melainkan posisi beliau
sebagai pemimpin tertinggi umat Islam. Sebab nabi kita itu selain sebagai
Rasul, juga berperanan sebagai pemimpin tertinggi umat Islam.
Selain itu, ada
juga sebutan lain buat posisi tertinggi umat Islam sedunia, iaitu istilah
Amirul Mukmin. Ertinya adalah pemimpin umat Islam.
1. Khalifah al Rasyidin
Khalifah Rasidah
berdiri tepat di hari wafatnya Rasulullah SAW. Terdiri dari 4 orang atau 5
orang sahabat nabi yang menjadi khalifah secara bergantian. Mereka adalah:
·
Abu Bakar
as-Shiddiq ra (tahun 11-13 H/ 632-634 M)
·
‘Umar bin
Khatthab ra (tahun 13-23 H / 634-644 M)
·
‘Othman bin
‘Affan ra (tahun 23-35 H/ 644-656 M)
·
‘Ali bin Abi
Thalib ra (tahun 35-40 H / 656-616 M) dan
·
Al-Hassan bin
‘Ali ra (tahun 40 H / 661 M)
Masa berlakunya
selama lebih kurang 30 tahun. Disebut juga sebagai khalifah rasyidah kerana
kedudukan mereka sebagai sahabat nabi yang mendapat petunjuk. Dan memang ada
pesan dari Rasullulah untuk mentaati para khalifah rasyidah ini.
2. Khalifah Bani Umayyah
Khalifah ini
berpusat di Syiria, iaitu di Kota Damsyik. Kerajaan ini bertahan untuk
jangkamasa 89 tahun, setelah era khulafa ar-rasyidin selesai. Khalifah pertama
adalah Mu’awiyyah, sedangkan khlaifah terakhir adalah Marwan bin Muhammad bin
Marwan bin Hakam. Adapun waktu pemerintahan mereka sebagai berikut:
·
Mu’awiyyah bin
Abi Sufyan (tahun 40-64 H / 661-680 M)
·
Yazid bin
Mu’awiyyah (tahun 61-64 H / 680-683 M)
·
Mu’awiyyah bin
Yazid (tahun 64-65 H / 863-684 M)
·
Marwan bin Hakam
(tahun 65-66 H / 684-685 M)
·
Abdul Malik bin
Marwan (tahun 66-86 H / 685-705 M)
·
Walid bin ‘Abdul
Malik (tahun 86-97 H / 705-715 M)
·
Sulaiman bin
‘Abdul Malik (tahun 97-99 H / 715-717 M)
·
‘Umar bin ‘Abdul
‘Aziz (tahun 99-102 H / 717-720 M)
·
Yazid bin ‘Abdul
Malik (tahun 102-106 H / 720-724 M)
·
Hisyam bin Abdul
Malik (tahun 106-126 H / 724-743 M)
·
Walid bin Yazid
(tahun126 H / 744 M)
·
Yazid bin Walid
(tahun 127 H / 744 M)
·
Ibrahim bin Walid
(tahun 127 H / 744 M)
·
Marwan bin
Muhammad (tahun 127-133 H / 744-750 M)
Sebenarnya
khalifah bani Umamayah ini punya salasilah yang panjang, sebab satu dari
keturunan mereka ada yang menyeberangi semenanjung Liberia dan masuk ke
Sepanyol.
Dari Sepanyol
mereka kemudian mendirikan khalifah tersendiri yang bebas dari khalifah besar
Bani Abbasiyah.
3. Khalifah Bani Abbasiyah
Kemudian
pemerintahan kekhalifahan beralih ketangan Bani’ Abasiyah yang berpusat di
Baghdad. Tempoh masa pemerintahan khalifah ini sekitar 446 tahun. Khalifah
pertama adalah Abu al-‘Abbas al-Safaah. Sedangkan khalifah terakhirnya
Al-Mutawakil Ala al-Allah.
Secara lengkapnya
masa kekuasaan mereka sebagai berikut:
·
Abul ‘abbas
al-Safaah (133-137 H / 750-754 M)
·
Abu Ja’far
al-Manshur (tahun 137-159 H / 754-775 M)
·
Al-Mahdi (159-169
H / 775-785 M)
·
Al-Hadi (tahun
169-170 H / 785-786 M)
·
Harun al-Rasyid
(170-194 H / 786-809 M)
·
Al-Amiin (194-198
H / 809-813 M)
·
Al-Ma’mun
(198-217 H / 813-833 M)
·
Al-Mu’tashim
Billah (tahun 618-228 H / 833-842 M)
·
Al-Watsiq Billah
(tahun 228-232 H / 842-847 M)
·
Al-Mutawakil ‘Ala
al-Allah (tahun 232-247 H / 847-861 M)
·
Al-Muntashir
Billah (tahun 247-248 H / 861-862 M)
·
Al-Musta’in
Billah (tahun 248-252 H / 862-866 M)
·
Al-Mu’taz Billah
(tahun 252-256 H / 866-869 M)
·
Al-Muhtadi Billah
(tahun 256-257 H / 869-870 M)
·
Al-Mu’tamad ‘Ala
al-Allah (tahun 257-279 H / 870-892 M)
·
Al-Mu’tadla Billah
(tahun 279-290 H / 892-902 M)
·
Al-Muktafi Billah
(tahun 290-296 H / 902-908 M)
·
Al-Muqtadir
Billah (tahun 296-320 H / 908-932 M)
·
Al-Qahir Billah
(tahun 320-323 H / 932-934 M)
·
Al-Radli Billah (tahun 323-329 H/934-940 M)
·
Al-Muttaqi Lillah (tahun 329-333 H/940-944 M)
·
Al-Musaktafi al-Allah (tahun 333-335
H/944-946 M)
·
Al-Muthi’ Lillah (tahun 335-364 H/946-974 M)
·
Al-Thai’i Lillah (tahun 364-381 H/974-991 M)
·
Al-Qadir Billah (tahun 381-423 H/991-1031 M)
·
Al-Qa’im Bi Amrillah (tahun 423-468
H/1031-1075 M)
·
Al Mu’tadi Biamrillah (tahun 468-487
H/1075-1094 M)
·
Al Mustadhhir Billah (tahun 487-512
H/1094-1118 M)
·
Al Mustarsyid Billah (tahun 512-530 H/1118-1135
M)
·
Al-Rasyid Billah (tahun 530-531 H/1135-1136
M)
·
Al Muqtafi Liamrillah (tahun 531-555
H/1136-1160M)
·
Al Mustanjid Billah (tahun 555-566 H/1160-1170
M)
·
Al Mustadhi’u Biamrillah (tahun 566-576 H/1170-1180
M)
·
An Naashir Liddiinillah (tahun 576-622
H/1180-1225 M)
·
Adh Dhahir Biamrillah (tahun 622-623
H/1225-1226 M)
·
Al Mustanshir Billah (tahun 623-640
H/1226-1242 M)
·
Al Mu’tashim Billah ( tahun 640-656
H/1242-1258 M)
·
Al Mustanshir billah II (taun 660-661
H/1261-1262 M)
·
Al Haakim Biamrillah I ( tahun 661-701
H/1262-1302 M)
·
Al Mustakfi Billah I (tahun 701-732
H/1302-1334 M)
·
Al Watsiq Billah I (tahun 732-742 H/1334-1343
M)
·
Al Haakim Biamrillah II (tahun 742-753
H/1343-1354 M)
·
Al Mu’tadlid Billah I (tahun 753-763
H/1354-1364 M)
·
Al Mutawakkil ‘Alallah I (tahun 763-785
H/1363-1386 M)
·
Al Watsir Billah II (tahun 785-788
H/1386-1389 M)
·
Al Mu’tashim (tahun 788-791 H/1389-1392 M)
·
Al Mutawakkil ‘Alallah II (tahun 791-808
H/1392-1409 M)
·
Al Musta’in Billah (tahun 808-815 H/ 1409-1416
M)
·
Al Mu’tadlid Billah II (tahun 815-845
H/1416-1446 M)
·
Al Mustakfi Billah II (tahun 845-854
H/1446-1455 M)
·
Al Qa’im Biamrillah (tahun 754-859
H/1455-1460 M)
·
Al Mustanjid Billah (tahun 859-884
H/1460-1485 M)
·
Al Mutawakkil ‘Alallah (tahun 884-893
H/1485-1494 M)
·
Al Mutamasik Billah (tahun 893-914
H/1494-1515 M)
·
Al Mutawakkil ‘Alallah IV
(tahun 914-918 H/1515-1517 M)
Khalifah Bani abbasiyah dihancurkan oleh tentera Mongol yang ganas, sehingga
umat Islam hidup selama 3 hingga 5 tahun tanpa adanya khalifah. Namun, kurun
waktunya hanya terpaut 3 tahun setengah sahaja dan kemudiannya tertegak
kerajaan khalifah Osmainyah.
4.
Khalifah Bani Otmaniah
Khalifah Bani Otmaniah tercatat memiliki 30 orang khalifah, yang
berlangsung mulai dari abad 10 Hijriah atau abad ke 16 Masihi. Nama-nama mereka
sebagai berikut:
·
Salim I (tahun
918-926 H/1517-1520 M)
·
Sulaiman
al-Qanuni (tahun 916-974 H/1520-1566 M)
·
Salim II (tahun
974-982 H/1566-1574 M)
·
Murad III (tahun
982-1003 H/1574-1595 M)
·
Muhammad III (tahun
1003-1012 H/1595-1603 M)
·
Ahmad I (tahun
1012-1026 H/1603-1617 M)
·
Musthafa I (tahun
1026-1027 H/1617-1618 M)
·
Osman II (tahun
1027-1031 H/1618-1622 M)
·
Musthafa I (tahun
1031-1032 H/1622-1623 M)
·
Murad IV (tahun
1032-1049 H/1623-1640 M)
·
Ibrahim I (tahun
1049-1058 H/1640-1648 M)
·
Muhammad IV
(1058-1099 H/1648-1687 M)
·
Sulaiman II (tahun
1099-1102 H/1687-1691M)
·
Ahmad II (tahun
1102-1106 H/1691-1695 M)
·
Musthafa II (tahun
1106-1115 H/1695-1703 M)
·
Ahmad III (tahun
1115-1143 H/1703-1730 M)
·
Mahmud I (tahun
1143-1168/1730-1754 M)
·
Utsman IlI (tahun
1168-1171 H/1754-1757 M)
·
Musthafa III (tahun
1171-1187H/1757-1774 M)
·
Abdul Hamid
(tahun 1187-1203 H/1774-1789 M)
·
Salim III (tahun
1203-1222 H/1789-1807 M)
·
Musthafa IV (tahun
1222-1223 H/1807-1808 M)
·
Mahmud II (tahun
1223-1255 H/1808-1839 M)
·
Abdul Majid I
(tahun 1255-1277 H/1839-1861 M)
·
Abdul Aziz I (tahun
1277-1293 H/1861-1876 M)
·
Murad V (tahun
1293-1293 H/1876-1876 M)
·
Abdul Hamid II
(tahun 1293-1328 H/1876-1909 M)
·
Muhammad Risyad V
(tahun 1328-1339 H/1909-1918 M)
·
Muhammad Wahiddin
(II) (tahun 1338-1340 H/1918-1922 M)
·
‘Abdul Majid II
(tahun 1340-1342 H/1922-1924 M)
Khalifah terakhir umat Islam sedunia adalah ‘Abdul Majid II. Selepas tumbangnya
khalifah terakhir ini, bererti umat Islam telah hidup lebih dari 89 tahun (2013
– 1924 = 89 tahun) tanpa kerajaan khalifah yang menyatukan seluruh ummah pada
abad ini.
(Dipetik dari Iqrak Daiges Islamic Februari 2013)