Monday 25 February 2013

...

Salam...
 
Ketahuilah...kita kena capai suatu keadaan dimana... hati seperti lampu yang bercahaya, semua anggota tunduk runduk seperti orang yang tidak berdaya, lisan dalam membaca AL-QURAN TERUS BEKERJA, WARNA KULIT KEKUNING-KUNINGAN kerana terlalu bimbang takut terperdaya, jiwa menjadi cair dalam berkhidmat kepada Tuhan Maha Kaya, sanubari cerah oleh nur iman yang melemparkan cahaya, diri sentiasa sibuk dengan permintaan, roh berlari terus mendekati tuhan, lisan kerap mengucapkan sifat-sifat ketuhanan, anggota selalu berkhidmat kepada siapa yang tetap ada berkekalan, jiwa ada tanda-tanda perhambaan, hati kepada Tuhan penuh kehebatan, batin mereka selalu senang kepada ketuhanan, nyawa mereka kepada Tuhan penuh kerinduan. Kelakuan mereka didedahkan di dalam lautan kesucian, tujuan disimpan didalam lautan cinta yang penuh keindahan... juga di medan khidmatNya berkeliaran, dan di bawah naungan kemurahanNya bernafasan, dan di taman-taman rahmatNya bersenang-senangan, dari bau-bauan kekurniaanNya berhiduan. Memandang kepada dunia dengan pandangan keinsafan dan kepada akhirat dengan pandangan penantian dan kepada diri sendiri dengan pandangan rendah hinaan dan pada ketaatan dengan pandangan memohon keuzuran bukan berasa banyak kerana kebanyakan....keampunan Tuhan dengan pandangan keperluan...Roh ditujukan kepada kehendak akhirat semata, hati disematkan kepada kebathinan mulia, dan rahsia digantungkan kepada petunjuk Tuhan Maha Esa.....Jiwa membelakangi segala sesuatu yang berbau keduniaan..roh disediakan untuk akhirat hari kembalian...hati senang mengingati tuhan, rahsia ditetapkan untuk mencintai Tuan dari segala tuan....hati menjadi sumber pentakziman dan kehebatan, lisan menjadi perbendaharaan syukur dan kepujian, roh menjadi kota kerinduan dan kecintaaan, dan jiwa tertaklik di bawah kekuasaaan akal dan kepontaran...akhirnya merasakan hawa nafsu dengan segala pahit getir, lalu berdiri atas jejak kebenaran untuk menepati perjanjian....